10 Gambar Pantulan Yang Mengelirukan Ini Membuatkan Anda Sukar Membezakan Realiti Dan Fantasi

Dewasa ini, penggunaan teknologi yang semakin canggih secara tidak langsung membantu penggiat seni terutamanya jurugambar dalam menghasilkan sesebuah karya yang lebih bernilai.

Namun begitu, walaupun tidak menggunakan gajet yang canggih, seseorang jurugambar itu mampu menghasilkan karya yang memukau selagi dia tahu menggunakan teknik pantulan.

10 gambar pantulan di bawah ini pasti mengelirukan anda. Sudah tentu anda memerlukan lebih masa untuk memastikan sama ada ia realiti atau fantasi kerana ia benar-benar sukar dibezakan.

Sekali pandang seolah-olah di dalam van itu ada sekumpulan orang sedang menikmati makan tengah hari.

Cantik! Kesan pantulan air menunjukkan gambar bangunan ini kelihatan seperti sebuah lukisan cat air

Kesan pantulan pada air di permukaan jalan melihatkan seolah-olah ada lubang yang dipenuhi kayu di atas jalan

Lucu! Kesan pantulan cermin ini menampakkan tubuh wanita tetapi berkepala lelaki

Gambar kereta ini benar-benar mengelirukan. Seolah-olah kereta ini berwarna merah dan ungu

Seolah-olah ada bunga di dalam embun ini padahal ia hanyalah kesan pantulan semata-mata.

Menakjubkan! Realitinya pokok ini sudah tidak berdaun tetapi apabila dilihat di dalam kolam, daun pada pokok ini kelihatan merimbun

Kesan pantulan menjadikan periuk ini seakan-akan berwajah senyum. Comel bukan?

Jelas kelihatan bentuk bulan sabit pada gambar ini walhal sebenarnya ia adalah gambar jambatan!

Kreatif! Kelihatan gambar sederet bangunan pada gelas kaca ini apabila ia diterbalikkan

Pantulan matahari telah memberi kesan terbakar pada bangunan ini

Sumber: Era Baru

sumber : the harian dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *