lukisan berhantu

4 Benda Yang Biasa Dihuni Oleh Hantu. Hati-hati yang No 4 Tu Selalu Beli Untuk Anak..

Untuk pengetahuan semua pembaca setia kisahseram.com, makhluk halus atau lebih senang dipanggil sebagai hantu ini boleh tinggal bukan sahaja di dalam rumah, malah beberapa benda bukan hidup yang lain juga boleh menjadi tempat tinggal hantu.

Justeru itu, kononnya ia lebih menyeramkan berbanding tinggal di rumah kosong. Apakah benda-benda yang biasanya dihuni oleh hantu? Jom ketahuinya dengan membaca artikel ini lebih lanjut.

1. Lukisan

lukisan berhantu

Lukisan yang sering dirasuki oleh hantu rata-rata biasanya berbentuk gambar manusia. Tetapi ada kemungkinan juga mereka suka tinggal di dalam lukisan yang bergambar binatang. Untuk pengetahuan anda semua pembaca kisahseram.com, jika lukisan itu sudah dihuni oleh makhluk halus, ia akan mengeluarkan aura aneh.

Bukan itu sahaja, malah lukisan itu juga boleh bergerak, berpindah tempat dengan sendiri bahkan dikatakan ada sesetengah lukisan boleh melirik kepada orang yang memandangnya.

2. Gambar

gambar berhantu

Sama halnya dengan lukisan, gambar juga mempunyai tenaga yang boleh dimanfaatkan oleh makhluk halus. Makhluk halus ini boleh muncul di tengah-tengah kita ketika mengambil gambar.

Lebih-lebih lagi sekiranya tempat kita mengambil gambar itu dipercayai ‘keras’ dan penuh mistik. Justeru tidak hairanlah jika ramai orang yang sering mendapat gambar penampakan hantu ketika melihat hasilnya.

3. Cermin

cermin berhantu

Cermin adalah tempat yang sering dihuni oleh hantu. Ini kerana cermin dipercayai menjadi perantara yang dapat menghubungkan antara dunia ghaib dengan dunia manusia.

Makanya, dahulu kala penyihir atau peramal seringkali menggunakan cermin sebagai medium untuk menyeru syaitan atau hal-hal yang berbaur mistik.

4. Anak Patung

anak patung berhantu

Hantu memang suka tinggal atau merasuki beberapa anak patung seperti anak patung Annabelle. Anak patung dipercayai boleh menjadi tempat tinggal hantu dan dikatakan bahawa hantu suka tinggal di dalam anak patung kerana bentuknya yang mirip seperti manusia.

Selain itu, anak patung juga tidak memiliki jiwa sehingga boleh dikendalikan sesuka hati. Anak patung yang telah dirasuki oleh hantu biasanya suka bergerak secara tiba-tiba, menangis bahkan boleh ketawa terutamanya pada waktu tengah malam.

adakah perkara ini benar? masing masing mempunyai pendapat dan pandangan. sila beri pendapat anda.

sumber: kisah seram

sumber : the harian dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *