chameleon 943

5 Haiwan Dengan Warna Lain Dari Yang Lain

chameleon 943

Dalam kepelbagaian spesis, kita dapat melihat pelbagai jenis warna yang terdapat pada haiwan. Setiap jenis warna terdapat pada mereka termasuklah warna warni. Namun, warna-warna yang terdapat pada haiwan adalah warna-warna tertentu yang tertakluk kepada kebiasaan sahaja.

ular 988

Sebagai contoh, terdapat ikan berwarna merah, tetapi tidak pada kucing. Walaubagaimanapun, terdapat kes-kes jarang berlaku di mana warna-warna haiwan berubah dan keluar daripada kebiasaan.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 haiwan yang mempunyai warna yang pelik dan luar daripada kebiasaannya.

5. Belalang merah jambu

belalang pink

Ketika seorang jurugambar amatur, Richard Tayllor sedang berjalan-jalan di Suffolk, England pada waktu rehatnya, beliau ternampak seekor serangga yang sangat pelik warnanya. Ia merupakan seekor belalang berwarna merah jambu, yang kelihatan sangat jelas berlatarbelakangkan warna hijau disekelilingnya. Tanpa berlengah, Richard mencapai kameranya dan mengambil gambar belalang unik ini.

Belalang ini mendapat warna merah jambu ini daripada mutasi genetik yang dipanggil “erythrism”, yang sama seperti “albinisma”. Ia menghasilkan lebih banyak protein merah.

4. Moose putih

moose putih

Satu rakaman video telah diambil oleh seorang ahli politik di Sweden beberapa hari lalu menunjukkan seekor moose berwarna putih merayau-rayau di ladangnya di wilayah Värmland, barat daya Sweden. Rakaman itu berjaya diambil selepas 3 tahun daripada pertama kali beliau terlihat haiwan pelik itu. Ketika itu, moose ini kelihatan sedang menyeberangi sungai dan melalui kawasan rumput tinggi.

Haiwan ini berwarna putih pada keseluruhan badannya bukanlah disebabkan albinisma tetapi akibat perubahan genetik yang dipanggil “piebald”.

3. Anjing biru

anjing biru 853

Tak, gambar ini bukanlah telah diedit menggunakan photoshop, ia adalah gambar tulen. Namun, ia bukanlah disebabkan mutasi genetik, tetapi akibat pencemaran oleh manusia. Ianya berlaku di Mumbai, India di mana terdapat beberapa ekor anjing biru berkeliaran.

Warna biru yang terdapat pada badan anjing-anjing ini dikaitkan dengan pencemaran di tempat anjing-anjing ini mandi dan mencari makan iaitu Sungai Kasadi. Sungai ini dijadikan tempat pembuangan sisa industri dan sudah tidak lagi sesuai digunakan oleh manusia sebagai sumber air.

2. Ikan lumba-lumba merah jambu

pink dolphin

Kali pertama ikan lumba-lumba merah jambu ini dilihat adalah ketika masih kecil dan sedang berenang-renang bersama ibunya pada tahun 2007. Ia diberi nama “Pinky”, disebabkan warna merah jambu, yang mana sangat pelik bagi seekor ikan lumba-lumba. Ia kelihatan di Selat Calcasieu Ship, Los Angeles dan ketika itu Bridget Boudreaux yang sedang melalui selat itu menaiki bot, telah mengambil rakaman video haiwan ini.

Pinky ketika itu berenang-renang bersama ikan lumba-lumba yang lain, termasuk lagi seekor yang juga berwarna merah jambu, dipercayai anaknya. Ia dikatakan mendapat warna tersebut disebabkan albinisma atau mutasi genetik yang jarang berlaku.

1. Anak anjing hijau

anak anjing hijau

Ibu anjing ini telah melahirkan 5 ekor anak anjing, dan tuannya, Louise Sutherland, menyedari bahawa ada sesuatu yang tak kena. Apabila melihat dengan teliti, kelihatan seekor daripada anak anjing tersebut berwarna hijau. Fenomena yang sangat jarang berlaku ini terjadi apabila anak anjing yang berwarna cerah bersentuhan dengan biliverdin, pigmen berwarna hijau yang terdapat dalam hempedu. Pigmen ini adalah yang memberikan warna hijau kepada lebam pada badan.

Oleh sebab warna ini, anak anjing unik ini diberi nama “Forest”, walaupun warna hijau tersebut akan menjadi pudar apabila ia semakin membesar.

 

sumber:iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *