5 Pengalaman Seram di Pejabat Yang Akan Buat Anda Takut Untuk ‘OT’

Kadang kala timbunan kerja yang banyak menyebabkan kita perlu bekerja lebih masa atau lebih mudah dipanggil ‘ot’ (overtime). Namun, di sebalik kesungguhan kita menyiapkan kerja yang tertunggak, ada yang pernah diganggu sehingga menjadi hilang fokus.

Gambar hiasan

Jika anda rasa ianya mengarut dan anda berani, baca dahulu kisah-kisah pengalaman dikongsikan mereka yang pernah diganggu ketika ‘ot’ di pejabat. Bukan nak takutkan, untuk langkah berjaga-jaga. Hehehe

Ini adalah kompilasi kisah seram di pejabat dikongsikan netizen di blog, portal dan media sosial. Lepas ni confirm korang paranoid dan takut nak kerja sampai malam!

 

1. “Dikejar Kelibat Di Pejabat”

Anuar tersedar dari lena dan waktu menunjukkan jam 8 malam. Mesin fotostat terpapar “PAPER JAM, PLEASE OPEN TRAY & REMOVE”, namun apabila diperiksa, tiada langsung kertas yang tersangkut.

Matanya kemudian terpandang penjuru library dan satu susuk tubuh dilihat sedang berdiri di celahan rak buku. Berambut panjang dengan tangan di sisi tubuh membuatkan Anuar terus lari dan keluar dari bilik itu. Dalam terketar-ketar, Anuar terpaksa masuk semula pejabat dek kerana tertinggal passcard di atas meja.

Sumber: Fiksyen Shasha

 

2. “Malam Jumaat Di Pejabat”

 

Keesokan hari, dia menceritakan kejadian tersebut kepada seorang rakan di pejabat. Alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu pada waktu itu, Panjang sedang bercuti untuk pulang ke kampung. Siapakah yang bersamanya pada malam semalam?

Sumber: Fiksyen Shasha

 

3. “Pekerja Data Entry Diganggu” 

Kisah ini dilalui seorang wanita ketika bekerja sebagai kerani Data Entry di Petaling Jaya. Ketika mula bekerja, dia diganggu dengan seorang lelaki bernama Zaiful yang menurutnya ‘gatal dan psiko’.

“Zaiful memang pernah kerja sini…dan dia dah meninggal dua tahun lepas…”

 

Siapa yang ganggu dia? Adakah rakan-rakan dan pejabat itu adalah bayangannya?

Sumber: Cerita Seram Melayu

 

4. “Pejabat JPJ Glenmarie, Shah Alam”

Haris dan rakannya bekerja sebagai pemasang CCTV dan mengambil keputusan untuk bekerja lebih masa supaya semuanya dapat diselesaikan seawal mungkin.

“Kalau Haris ada kat tingkat bawah, dengan siapa aku cakap tadi?”

“Bukan ke kau pun kena kacau hantu?”

Sumber: Cerita Seram Melayu

 

5. “Syif Malam”

Berbeza dengan penceritaan lain, pengalaman diganggu ketika bekerja syif malam seorang individu ini dijadikan filem pendek bertajuk ‘Syif Malam’.

Filem pendek ini mendapat lebih 790,000 tontonan di Youtube dan rata-rata bersetuju bahawa kisah ini sememangnya seram. Make sure tonton sampai habis k!

Sumber: Youtube

Amacam, meremang tak bulu roma? Hehe…

Setiap orang pasti ada pengalaman mereka tersendiri dan terpulang kepada diri sendiri untuk terus takut dan dibayangi misteri atau menjadi lebih berani. Jika anda ada cerita menarik yang ingin dikongsikan, kami sangat mengalu-alukannya!

sumber : lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *