rumah bas

5 Tempat Pelik Yang Pernah Didiami Manusia

Rumah merupakan satu keperluan bagi setiap manusia. Ianya menjadi tempat kita berteduh daripada hujan dan panas. Jangan kata beli rumah, dapat menyewa rumah pun sudah cukup baik.

Walau bagaimanapun, tidak semua manusia yang bernasib baik untuk memiliki rumah. Akibat faktor tertentu seperti kemiskinan dan sebagainya, ada manusia yang tidak mampu tinggal di sebuah rumah. Berikut adalah beberapa tempat pelik yang pernah didiami manusia.

1. Dalam Bas

rumah bas

Ini mungkin kisah yang sedikit menyedihkan. Seorang perempuan yang bekerja sebagai penghantar barang pada mulanya agak kehairanan apabila seringkali ternampak kelibat 2 orang kanak-kanak di tepi jalan.Beliau kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada badan hak asasi kanak-kanak. Setelah dibuat intipan, 2 orang kanan-kanak itu, perempuan berumur 11 tahun dan adik lelakinya berumur 5 tahun rupanya menjadikan sebuah bas usang yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah sebagai rumah sementara mereka.

Ibu bapa kedua-dua kanak-kanak tersebut berada di penjara kerana didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah. Makcik kepada kedua kanak-kanak tersebut sebenarnya bertanggungjawab menjaga kedua mereka malangnya beliau sibuk bekerja selamat 12 jam sehari dan tidak mampu menjaga keduanya dengan sebaiknya. Kedua kanak-kanak itu tidak bersekolah dan berada dalam keadaan terurus. Mereka telah diletakkan di pusat penjagaan kana-kanak sehinggalah kedua ibu bapa mereka dilepaskan dari penjara.

2. Pusat Membeli-belah

rumah di shopping mall

Pada tahun 2003, seorang pemuda Michael Townsend dan beberapa rakan beliau telah menjadikan satu ruang kecil yang tersembunyi di sebuah pusat membeli belah sebagai rumah mereka. Mereka berjaya membina sebuah apartmen studio di pusat beliau belah tersebut dimana ianya dilengkapi dengan perabot dan bekalan elektrik.

Studio tersebut dijadikan rumah kedua mereka dan ianya tidak dapat dikesan oleh pemilik pusat beli belah tersebut selama 4 tahun! Malangnya, pada suatu hari beliau terserempak dengan pengawal keselamatan yang bertugas dan dikenakan hukuman tahanan selama 6 bulan atas kesalahan menceroboh pusat beli-belah tersebut.

3. Tinggal Bersama Mayat

tinggal bersama mayat

Ini bukanlah tempat tinggal pelik sebaliknya perkara pelik. Seorang wanita telah dijumpai hidup dengan rakan sebiliknya yang sudah mati selama 18 tahun. Wanita tersebut meletakkan mayat rakan lelakinya itu di atas kerusi di hadapan televisyen. Beliau akan membersihkan mayat yang sudah diawetkan itu dan seringkali menukarkan pakaian mayat tersebut.

Wanita tersebut telah didakwa kerana dipercayai menggunakan wang persaraan teman lelakinya itu. Walau bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati motif utama beliau tidak melaporkan kematian temannya itu kerana beliau berasa sunyi tinggal sendirian.

4. Dalam Almari Pakaian

tinggal dalam almari pakaian

Seorang lelaki Jepun yang berusia 57 tahun pada mulanya berasa hairan apabila mendapati makanan di rumahnya seringkali hilang di dapur. Beliau kemudiannya memasang kamera litar tertutup untuk merungkai misteri kehilangan makanan tersebut. Daripada kamera tersebut, beliau dapati seseorang telah menceroboh masuk ke rumah beliau lalu melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Hasil pencarian polis telah menjumpai seorang wanita berusia 58 tahun yang bersembunyi di bahagian atas almari pakaiannya. Wanita itu meletakkan futon (tilam) disitu sebagai tempat tidur dan didapati mandi apabila pemilik rumah tersebut tiada di rumah. Wanita itu mengatakan beliau tidak mempunyai tempat lain untuk bertuduh dan telah mencuri masuk ke rumah tersebut ketika pemilik rumah tersebut terlupa untuk mengunci rumah. Wanita tersebut telah didakwa atas kesalahan pecah masuk kediaman.

5. Atap Rumah (Attic)

tinggal di attic

Sesetengah rumah lama di luar negara mempunyai bilik kecil pada bahagian atap rumah yang dipanggil sebagai ‘attic’. Bilik kecil ini selalunya dijadikan sebagai stor penyimpanan barang. Seorang wanita di South Carolina pada mulanya pelik apabila mendengar bunyi mencurigakan daripada bahagian atas rumanya. Apabila anak lelaki wanita itu membuat pencarian, mereka terkejut apabila mendapat bekas teman lelaki wanita itu sedang tidur nyenyak disitu.

Lelaki itu baru sahaja dilepaskan daripada penjara 2 minggu sebelumnya dan sejurus keluar daripada penjara, beliau telah menginap disitu. Pasangan itu telah berpisah 12 tahun yang lalu. Lagi mengerikan, mereka turut menjumpai cawan yang dipenuhi najis dan mendapati lelaki tersebut telah mengorek syiling untuk mengintai wanita tersbut.

sumber:iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *