7 jenis bau badan yang menjelaskan sesuatu tentang tahap kesihatan anda

7 jenis bau badan yang menjelaskan sesuatu tentang tahap kesihatan anda

7 jenis bau badan yang menjelaskan sesuatu tentang tahap kesihatan anda

Setiap seorang dari kita menghasilkan bau badan yang tersendiri. Apabila kita mendapati diri mempunyai bau yang tidak menyenangkan, kita akan segera mengambil langkah yang perlu untuk menghilangkan bau badan tersebut.

Kadang-kala bau badan yang tidak menyenangkan bukanlah kerana kita tidak memakai pewangi badan atau tidak mandi dengan mengikut waktu. Ada sebab lain atas bau badan yang tidak menyenangkan itu.

Bagaimana sesuatu bau di badan anda itu menjelaskan sesuatu tentang tahap kesihatan anda. Kenalpasti akan bau-bau ini dan anda boleh mengambil perhatian akan punca yang menyebabkan bau ini terjadi terutamanya jika ia mungkin membabitkan diri anda.

1. Anda berbau hanyir seperti ikan

Sumber: greenprophet.com

Punca anda berbau hanyir seperti ikan ini adalah anda mungkin mempunyai masalah penyakit metabolik yang dikenali sebagai trimethylaminuria.

Dalam keadaan ini, sistem di dalam badan anda tidak dapat mengasingkan kandungan protein dari makanan yang dimakan. Akibatnya, seluruh badan anda akan menghasilkan bau yang hanyir apabila anda bernafas, berpeluh dan membuang air kecil selepas memakan telur, ikan atau kekacang dan sayur-sayuran yang berbau hanyir.

Jadi jika boleh anda dinasihatkan supaya tidak memakan makanan berprotein tinggi seperti yang dinyatakan.

2. Anda berbau peluh yang hangit atau berpeluh dengan banyak walaupun berada dalam keadaan suhu yang normal

Sumber: huffingtonpost.co.uk

Jika keadaan ini berlaku, anda mengalami penyakit dipanggil hyperhidrosis di mana badan anda akan menghasilkan peluh yang berlebihan walaupun anda tidak melakukan senaman atau berada di tempat yang bersuhu panas.

3. Anda berbau kumbahan

Sumber: angieslist.com

Punca anda berbau seperti ini adalah kerana anda mengalami masalah sembelit yang sangat serius. Apabila anda berpeluh, bau yang dihasilkan seperti anda berada di dalam kolam kumbahan.

Apabila sistem penghadaman anda tidak berjalan dengan sempurna, ia akan menghasilkan bau kimia yang menjadikan peluh dan najis anda berbau teruk. Oleh itu segeralah berjumpa doktor bagi mengatasi masalah sembelit anda.

4. Anda berbau pahit

Sumber: fullnomore.com

Apabila anda berbau seperti ini, mungkin masalah kesihatan yang serius sedang menanti anda. Adalah dinasihatkan anda segera berjanji temu dengan doktor untuk melihat keadaan hati anda.

Masalah hati yang sakit terkesan dari simptom masalah penghadaman, loya dan kadar metabolik dan lemak yang tidak normal. Kesannya badan anda akan berbau pahit dan sangat tidak menyenangkan.

5. Anda berbau seperti telur yang telah busuk

Sumber: carcanyon.com

Apabila anda memakan terlalu banyak daging merah, makanan ini akan mengeluarkan bau sulfur yang bersamaan seperti bau telur yang telah busuk. Keadaan ini terjadi apabila badan anda tidak menghadam daging merah yang telah dimakan dengan baik.

Akibatnya asid amino yang mengandungi kandungan sulfur akan dihasilkan. Maka berbaulah badan anda seperti telur yang telah busuk.

Adalah dinasihatkan supaya anda tidak memakan daging merah selama dua minggu untuk menghilangkan bau tersebut.

6. Anda berbau tua

Sumber: stephenornes.com

Bau ini datangnya dengan faktor umur anda yang telah tua. Jika anda telah menjadi warga emas dan sudah melepasi umur separuh abad, bau ini tidak dapat dielakkan dan ia adalah perkara normal bagi setiap dari kita yang akan mengalami proses penuaan.

Bau yang wangi itu semakin berkurangan. Dan bagi warga tua yang rajin membersihkan diri dan memakai wangi-wangian, bau tua mereka itu tidaklah terlalu ketara.

7. Anda berbau seperti meminum minuman keras

Sumber: sixsafetysystem.com

Apabila anda telah meminum minuman keras dengan banyak, hati anda tidak dapat mengitar dan mengasingkan kesemua alkohol melalui pembuangan air kecil. Oleh itu sebahagian daripadanya akan dibebaskan melalui pori-pori peluh.

Jadi dengan itu anda akan berpeluh dengan mengeluarkan bau badan  seperti minuman keras , terpulang pada minuman keras apa yang telah anda minum.

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *