KPOP!!!Berapakah Kekayaan Lee Kwang Soo dan Yoo Jae Suk? Income Mereka Berdua Memang Sangat Wow Dan Buat Ramai Melopong

Siapa yang menjadi peminat ahli Running Man anda pasti akan sangat kenal dengan susuk Lee Kwang Soo dan Yoo Jae Suk yang sangat lucu. Mereka berdua di kenali sebagai Belalang dan juga Zirafah dalam kalangan ahli Running Man.

 

 

Setiap episod dalam rancangan realiti Running Man pasti akan ada babak lucu antara mereka berdua.

 

Kedua-dua mereka merupakan antara artis Korea yang mempunyai pendapatan yang sangat tinggi kerana faktor populariti dan banyak program serta projek yang mereka lakukan.

Yoo Jae Suk sudah berkahwin dengan seorang pengacara Tv di Korea dan mempunyai seorang anak. Di Korea beliau di kenali sebagai seorang MC yang popular. Banyak realiti TV dan program TV di lakukan oleh beliau.Selain Running Man, Yoo Jae Suk pernah menjadi ahli kepada program TV X-Man, Infinity Challenge,Happy Together dan banyak lagi.

 

 

Menurut statistik, Yoo Jae Suk menerima lebih dari 10 juta won Korea(RM 320,000) bayaran untuk setiap episode bagi mana-mana program TV yang di tawarkan kepadanya.Bermula dari tahun 2011, setiap 45 minit program TV yang menggunakan beliau sebagai host,dia di bayar lebih dari jutaan won. Tidak di nafikan, dalam kalangan ahli RM,beliau antara yang di bayar dengan rate lebih tinggi.

Bayangkan dengan kesemua program TV yang mempunyai banyak episode dalam 1 bulan. Pendapatan Yoo Jae Suk boleh mencecah lebih dari RM 15 juta setahun.

 

Beliau juga sudah menerima lebih dari 13 awards dalam banyak acara.

Lee Kwang Soo pula masih lagi bujang dan mendapat jolokan Prince of Asia oleh para peminatnya. Selain terlibat dalam program realiti TV Runing Man, Kwang Soo juga merupakan seorang model,pelakon dan pada masa yang sama menjadi duta produk terkenal.Pendapatan awal Kwang Soo mencecah RM 25,000.

 

 

Menjadi antara artis paling mendapat bayaran tertinggi di Korea, pendapatan Kwang Soo mampu mencecah lebih dari RM 5 juta sebulan.Menurut Top Korea News, kedua-dua mereka ini mendapat bayaran yang sangat tinggi atas faktor pengaruh dan jenama mereka yang sangat kuat dan popular di Korea dan luar negara.

 

Walaupun mereka berdua sangat sukses dan punya pendapatan yang sangat lumayan, mereka lebih gemar bersahaja, merendah diri dan tidak terlalu bermewah dengan kehidupan. Kwang Soo di katakan baru memberi rumah kondominium yang sederhana saiznya tetapi selesa. Harga rumah itu mungkin agak mahal atas faktor keselamatan yang bagus dan lokasinya yang sangat dekat dengan bandar.

Ada peminat mereka di sini?

sumber : kisah dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *