“Bos Bagi RM650, Kalau Tak Kita Viral…” -Pelanggan Minta Ganti Barang 4 Tahun Tertinggal Di Bengkel, Jawapan Lelaki Ini Buat Netizen Tergamam!

Baru-baru ini viral perbualan antara seorang pelanggan dan pemilik bengkel kereta di mana pelanggan berkenaan menghubungi pihak kedai kembali untuk mengambil bahagian keretanya yang ditinggalkan di bengkel berkenaan pada empat tahun yang lalu.

Pemilik bengkel berkenaan walau bagaimanapun memaklumkan bahawa bengkelnya sudah lama ditutup akibat bankrupsi dan kesemua barang sudah dijual bagi menampung hutang nya.

ssa

Gambar hiasan

Walaupun sudah menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan tersebut, pelanggan itu meminta pemilik bengkel berkenaan untuk bertanggungjawab dengan menggantikan alat tersebut ataupun memberikan wang sejumlah RM650 kepada nya. Jika pemilik bengkel berkenaan enggan, maka dia akan menularkan kes berkenaan di laman sosial.

Namun pemilik bengkel berkenaan kembali dengan idea menarik apabila dia mengenakan cas sewaan terhadap barangan tersebut sebanyak RM5/hari. Memandangkan barangan berkenaan ditinggalkan selama 4 tahun, maka pelanggan tersebut perlu membayar RM7,300 kepada pemilik kedai.

Pelanggan yang berang kemudiannya bertindak menghentikan perbualan tersebut.

Rata-rata mengecam pelanggan terbabit bahkan ada yang menjadikan pelanggan tersebut sebagai bahan lawak.

Sumber Facebook Besi Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *