Ikan ‘berhantu’ prasejarah ditangkap melalui jaring mempunyai mata yang menyala masih hidup di zaman ini

Lautan dalam masih lagi mempunyai misterinya yang tidak lagi kita ketahui. Di sinilah lubuk kepada ikan-ikan aneh yang pernah dijumpai di dunia. Seperti ikan ini yang mempunyai mata berbeza dengan ikan lain.

Scott Tanner yang berasal dari Lunenburg, telah menarik bangkai seekor ikan chimera selepas ia tersangkut pada jaringnya. Scott bersama kumpulannya pergi memancing ikan kod dan ikan merah di Grand Banks, St. Pierre dan Miquelon.

“Terdapat banyak makhluk yang pelik keluar daripada laut tetapi ikan seperti ini tidak pernah saya jumpa dan saya rasa tiada orang yang pernah menjumpainya,” katanya di menerusi temu ramah bersama CBC News. “Semua produksi berhenti seketika untuk melihatnya,” tambahnya.

Makhluk yang menakutkan ini dipanggil chimera. Ia tinggal di laut dalam yang bermuncung panjang. Ia juga mempunyai banyak saraf, badan yang licin, ekor sepanjang 3 kaki dan  mata berwarna hijau. Apa yang menariknya, ia mempunyai sirip seperti kepak.

Penjaga zoologi di Muzium Sejarah Semula Jadi di Halifax, Andrew Hebda memberitahu News Nationbahawa mata ikan chimera itu lebih menonjol apabila ditarik keluar daripada air ekoran tekanan terhadap matanya yang tinggi terhasil.

Tangkapan luar biasa ini membawa kembali kepada hampir 400 juta tahun yang lampau. Chimera dipercayai berada di merata-rata tempat di antara 1,000 hingga 6,000 meter di bawah permukaan laut.

Ikan seakan-akan hantu ini mempunyai muncung yang panjang, mulut yang kelihatan berbahaya dan tulang belakang beracun yang berfungsi sebagai mekanisma pertahanan yang tidak memberi kesan kepada manusia. Udang dan ketam merupakan makanan rujinya.

Ikan ini merupakan spesies ikan tertua di dunia selain berkait rapat dengan ikan jerung dan ikan pari. Ia juga mempunyai kerangka cartilaginous, tidak seperti saudara mereka iaitu jerung yang mempunyai satu pembukaan insang luar yang ditutupi oleh kepak. Mereka seakan akan boleh terbang kerana sirip dada mereka yang luas dan lebar.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa terdapat penemuan ikan yang pelik di Kanada pada tahun 2013.

Semasa ia ditangkap di wilayah paling Selatan Nunavut di Davis Straight, ia dianggap sebagai jerung goblin sehingga para pengkaji memastikan bahawa ianya chimera. Hanya satu daripada ikan jenis ini telah didokumentasikan di Selat Hudson.

sumber : erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *