Inilah 8 Benda Ni Jarang Orang Jadikan Hantaran Kahwin. Nombor 7 Tu Tak Pernah Terfikir Langsung!

Bila dah kumpul duit tak kisahlah menabung atau main kutu sejak mula kerja dulu, apa perkara pertama yang korang idam-idamkan? Semestinya, kahwin! Siapa taknak kahwin kan? Tengok member shopping, jalan-jalan dan bercuti laki bini, tak jeles keee?

Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat, senaskah Al-Quran, set wangian dan jam serta banyak lagi keperluan diri.

Kalau sekarang, fuhh lagi advance! Orang Malaysia ni kadang-kadang kreatif jugak, macam-macam jenis hantaran pelik diorang bagi dengan rekaan cantik-cantik. Terkejut tok kadi woi! Haha… Jom kita tengok antara 8 barang hantaran pelik yang pernah orang Malaysia bagi kat pasangan masing2 sampai kecoh kat media sosial kita.. Mind blown betul!

1. Permainan PlayStation 4, FIFA18 untuk ‘kaki gamer’

Kalau lelaki dapat hantaran PlayStation 4, bahagia hidup beb. Confirm dia tak keluar lepak mamak, jumpa kawan atau balik kerja lambat. Jangan risau la kalau laki korang nak berlaku curang… Tak akan punya! Lagi satu kalau dapat bini yang memahami, silap haribulan dia pun join main sekali. Boleh buat perlawanan laki bini lepas balik kerja 😀

2. Aksesori motosikal atau kereta. Kasimodified kenderaan tu cun-cun!

Ini pun menjadi antara favourite dan kegilaan ramai lelaki. Selain game, diorang pun suka aksesori kereta atau motosikal ni! Dari beli sendiri, alangkah baiknya kalau pihak perempuan bagi hantaran contohnya helmet ke, sport rim ke atau apa-apa lah…

Nampak pelik tapi sekali dah dapat, memang sayang habis kat bini tu… Percaya atau tak, diorang pandai ubah suai kenderaan ikut kepuasan dan style yang diorang nak. Memang bahagia la hidup diorang bila boleh bergaya dan tunjuk kat kawan-kawan… Sengih je bawak bini kat belakang… Hehehe

3. Peralatan dan bahan untuk memasak. Tandanya supaya bini korang rajin masak…

Barang hantaran ni paling ‘rare’ sekali tapi sangat unik dan memberi makna yang mendalam. Orang perempuan kalau dapat kuali, periuk, lesung batu atau bahan memasak seperti minyak, tepung dan sebagainya, fahamilah bahawa suami korang tu nak korang rajin masak kat rumah. Takkan suami nak ‘makan luar’ kot?

Bila masak untuk suami, tambah-tambah lauk kegemaran dia, suami pun suka dan bertambah sayang. Barulah hidup bahagia… Tak gitu?

4. Haiwan peliharaan. Comel habis!

Aww cutenya bagi haiwan peliharaan kat pasangan korang.. Barang hantaran ni dikategorikan paling comel antara banyak-banyak hantaran. Mesti salah seorang pasangan tu pencinta haiwan kan?

Unik dan cute habis bila dulang hantaran ada kucing dan haiwan comel-comel yang lain… Nanti dah duduk serumah boleh bela sama-sama. Kalau salah seorang outstation, boleh main dengan kucing tu untuk hilangkan bosan!

5. Buahan dan sayuran. Dengar macam biasa je tapi bukan…

Kalau tradisi dulu bagi buah-buahan segar seperti epal, anggur, oren dan sebagainya, orang Malaysia zaman sekarang memang kreatif. Dari bagi buah biasa, diorang bagi durian, pisang setandan dan sayur seperti petai serta ulam-ulaman lain. Mungkin pasangan diorang suka durian? Letak je dulang hantaran tu depan pengantin, satu rumah bau!

Boleh je buat style hantaran baru, tapi make sure korang hias lawa-lawa dan jangan isi berat sangat sampai nak patah tangan dulang girl atau boykorang pulak!

6. TV LED untuk kegunaan korang jugak nanti…

Kalau dulu zaman belajar tengok TV pun tak, kalau ada pun TV kecik atau tengok kat mamak je bila ada perlawanan bola. Haa, bila nak kahwin bagi la pasangan korang tu TV sebagai barang hantaran. Mesti senyum lebar punyalah… Bukan apa, TV tu pun nanti korang boleh tengok jugak bila dah duduk serumah. Ada sikit hiburan lepas balik kerja…

7. Selipar jepun? Seriously?

Taktahu apa niat sebenar pasangan korang bila selipar dijadikan barang hantaran, tapi ia memang unik dan ‘rare’ betul. Hmm, kalau fikir balik boleh pakai dalam rumah atau ke bilik air. Sebab biasanya lantai ni licin dan senang tergelincir, kalau pakai selipar kan selamat sikit. Nampak jugak korang tu pembersih…

8. Gitar untuk yang gila muzik. Untung boleh nyanyi lagu untuk bini!

Jenis lelaki yang suka main gitar ni memang sweet habis. Sesuai sangat dapat gitar sebagai hantaran. Untung-untung time bini merajuk, boleh pujuk dengan nyanyi lagu kegemaran sambil main gitar. Jangan sesekali pandang rendah pada lelaki yang main gitar ni… Gitar bukan murah, lepastu bakat memetik gitar bukan semua orang ada tau – OH BULAN

 

…………………………………………………

‘Habislah Aku’ – Ditegur SPAD Memandu Uber Tanpa Permit, Ini Respon Lucu Aeril Zafrel

Sering memuatnaik gambar beserta kapsyen lucu di media sosial, Aeril Zafrel merupakan salah seorang artis tempatan yang aktif berinteraksi bersama peminat. Selain gambar dan video romantis bersama isteri tercinta, Aeril Zafrel juga sering merakam aksi comel anaknya itu.

Baru-baru ini, Aeril ada memuatnaik gambar berada di dalam kereta dengan kapsyen ‘Need uber? Call me’. Walaubagaimanapun, statusnya itu mendapat ‘teguran’ daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan ini respon lucu Aeril.

Tindakan boleh diambil – SPAD

SPAD memberi amaran kepada Aeril, tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.
Respon lucu Aeril

Haaa ayoooo tak tahu…Haha habisla aku

Di instagram, Aeril memberi respon lucu berikutan amaran yang diterimanya dari SPAD. Di twitter, dia juga ada mengemaskini tweet memerli orang yang terlalu serius dengan tweetnya sebelum ini sehingga melaporkan kepada SPAD. Mungkin dia hanya bergurau dengan pengikutnya di twitter, namun gurauannya diambil serius oleh sesetengah pihak.

Jika betul Aeril ingin memandu Uber, dia pasti akan mendaftarkan kenderaannya dan dapatkan permit sah, betul tak? Kalaulah driver uber handsome macam ini, memang tak turunlah penumpang dari kereta!

sumber : ciklee dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *