jutawan senyap

Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991 Di Satu Progam, Setelah 26 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya..

Jika anda sudah wujud di dunia ini pada tahun 1991 pasti anda masih ingat dengan rancangan televisyen yang bersiaran di RTM iaitu Kuiz More Jutaria.

Di dalam pertandingan kuiz itu, pemenang ditawar kan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.

Ahmad Samerin Dzulkifli ketika itu menang kuiz yang dianjur kan oleh RTM pada usianya 23 tahun.

Pada asal nya dia dihadiah kan kereta Ferrari model 328 GTS tetapi menolak hadiah itu kerana tidak tahu memandu dan dia mahu ditukar kan kepada wang RM1 juta.jutawan senyap

Dimanakah Ahmad Samerin Dzulkifli Sekarang?

“Sekarang ini orang pun dah tak tahu(lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 49.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 26 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika d ihubungi dia mengakui sengaja ‘menyembunyi kan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisah nya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba – tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.

Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyi kan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.

Buat Apa Dengan Duit RM1 juta?

Kedai basikal nya sebelum ini diserah kan kepada adik nya untuk di uruskan. Hasil wang lumayan itu, beliau dengan gaya hidup sederhana mengurus kan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Selebih nya wang itu, yang di menangi daripada acara TV paling popular pada 1991, dilabur kan dalam perniagaan.

sumber : www dot blogammar dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *