Jangan Beban Murid Dengan Terlalu Banyak Buku Kerja dan Latihan – Kata Mahdzir Khalid

Adakah sistem pendidikan zaman ini semakin membebankan murid- murid di sekolah ? Se setengah orang mungkin akan menjawab tidak namun ada juga yang bersetuju bahawa buku yang berlebihan membeban kan, termasuklah Menteri Pendidikan Malaysia.

Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid, buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai, lapor mStar.

Sumber: mStar

Beliau berkata, selain buku teks, murid kini dibebani dengan penggunaan lain seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa dibeli dari luar.

Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi ter lampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia di tambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak.”

Gambar hiasan

Mahdzir turut berkata, dalam usia antara 7 hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan alam persekolahan dan tidak terlalu di beri penekanan akademik semata-mata.

Tapi masalah nya sekarang ini, kita terlampau tekan nak bagi semua ilmu kepada murid- murid. Padat, boleh meletup (tekanan kepada murid- murid),” kata nya.

Beliau ditemubual ketika merasmikan majlis graduasi 390 pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Mahdzir di minta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebab kan bebanan kepada murid.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di laporkan telah di minta untuk menentukan berat beban buku yang di bawa murid di mana terdapat murid di dapati membawa beban buku yang berat.

Sebagai murid, kokurikulum dan kurikulum haruslah seimbang kan? Apa pendapat korang?

sumber lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *