Jangan benarkan sembarangan orang mencium bayi anda jika tidak mahu perkara seperti ini terjadi

Jangan benarkan sembarangan orang mencium bayi anda jika tidak mahu perkara seperti ini terjadi

Jangan benarkan sembarangan orang mencium bayi anda jika tidak mahu perkara seperti ini terjadi

Wajah anak kecil Sienna Duffield hampir ‘dimakan’ setelah dijangki penyakit herpes setelah dicium oleh salah seorang saudaranya yang selesema. Jangkitan herpes berlaku disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) iaitu sejenis penyakit kulit yang menjangkiti mulut, kulit dan juga alat kelamin.

Setiap hari, ibu Sienna, Savina French-Bell harus membersihkan wajah anaknya yang sentiasa berdarah kesan daripada gelembung-gelembung kecil pada mukanya.

Berikutan insiden yang menakutkan ini, Savina telah muncul di dalam rancangan Loose Women bagi mengingatkan para ibu bapa untuk sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam membenarkan mana-mana individu untuk mencium bayi.

Menurut ibu muda berusia 21 tahun itu, Sienna mula dijangkiti herpes setelah salah seorang ahli keluarganya mencium Sienna pada majlis hari jadinya yang kedua pada Oktober 2015. Sejak peristiwa tersebut, Sienna mula mengalami kegatalan pada wajahnya dan ia menjadi semakin teruk menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Savina turut menjelaskan bahawa dia telah menggunakan pelbagai produk seperti krim dan antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut tetapi tidak memberikan sebarang keputusan yang positif.

“Semakin lama, wajah Sienna kelihatan seperti disimbah asid”.

Kulit anak kecil ini begitu sensitif menyebabkan wajahnya sentiasa berdarah dan gatal.

“Pada awalnya, Sienna mengalami ulser di dalam mulutnya. Lama-kelamaan, jangkitan itu merebak ke pipi, mulut dan bahagian atas matanya”.

“Sienna juga kurang selera makan selain bajunya sentiasa berdarah kesan daripada gelembung di mukanya. Saya juga takut untuk membawa Sienna keluar kerana setiap kali itu, orang ramai akan memberikan pandangan pelik dan jijik melihat Sienna”.

Tambah Savina lagi, dia dan keluarganya telah mencuba pelbagai jenis produk krim untuk merawat masalah kulit muka Sienna namun tidak mendatangkan hasil sehinggalah doktor menyarankan penggunaan antibiotik flucloxacillin yang digunakan khas untuk merawat ekzema.

Akhirnya, penggunaan antibiotik tersebut mula menunjukkan hasil setelah berbulan-bulan melalui penderitaan.

“Setiap hari, kulitnya akan melekat pada bantal dan darah sentiasa berada di mana-mana. Saya melarangnya untuk menggaru mukanya tetapi Sienna akan menggunakan sofa untuk menggaru mukanya yang gatal”.

Kesan darah pada baju Sienna menandakan betapa seriusnya penyakit yang dialami olehnya.

Kini, wajah Sienna kembali pulih seperti sedia kala membuatkan mereka sekeluarga boleh bersiar-siar di luar tanpa ada perasaan takut dan malu dengan pandangan negatif orang lain.

Setelah lapan bulan menjalani rawatan, kini Sienna semakin beransur pulih.

“Sebelum ini, mana-mana orang yang pernah memandang jijik pada Sienna kini berasa kagum dengan perubahan positif pada wajahnya”.

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *