Kantoi!!! Mengaku Rakyat Malaysia Tetapi Tak Tahu Nyanyi Lagu Negaraku Akhirnya Tertangkap…

Sebagai seorang rakyat Malaysia, semestinya lagu ‘Negaraku’ sudah terpahat di dalam minda kita., apatah lagi dinyanyi kan setiap hari ketika zaman persekolahan.

Maka, ianya menjadi pelik jika anda mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak tahu menyanyi kan lagu tersebut, kan? Menurut NST, satu serbuan telah dijalan kan oleh Jabatan Imigresen 11 Oktober lalu di sebuah blok pangsapuri di Pudu untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Gambar hiasan

Ketika serbuan itu, mereka berdepan dengan seorang gadis yang berkeras mengaku bahawa dia merupakan rakyat negara ini, meski pun tidak mempunyai dokumen sah sebagai bukti.

Pelbagai alasan diberi kan ketika di tanya dan turut mengaku dia sedang mengandung 3 bulan serta perlu di hantar ke hospital untuk mengelak kan diri daripada di tangkap. Pandai kau eh!

Terlalu letih melayani kerenah gadis itu, pegawai yang terlibat membuat keputusan untuk menyuruh nya menyanyi kan lagu kebangsaan negara bagi membukti kan bahawa dia benar – benar rakyat Malaysia. Haa kan senang.

Sumber: NST

Dan, sudah semesti nya dia gagal menyanyikan lagu itu menyebab kan pegawai tersebut terus menangkap nya bersama dengan 20 orang pendatang asing tanpa izin yang lain. Kesemua mereka terdiri daripada 18 warganegara Myanmar, seorang India, seorang Indonesia dan seorang Pakistan.

Pada masa yang sama, serbuan lain turut dijalan kan di sebuah cawangan pusat hiburan di Jalan Kia Peng di mana 25 PATI turut ditahan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, pihak nya bertindak selepas menerima maklumat tentang aktiviti menyalahi undang – undang yang berlaku di tempat itu.

“Mereka me meriksa seramai 40 orang di cawangan itu dan 25 telah ditahan terdiri daripada 20 wanita rakyat Thailand, 2 Uzbekistan dan 2 lelaki dari Bangladesh.”

Sumber: World of Buzz

Mustafar turut berkata bahawa Jabatan Imigresen akan berkongsi tentang maklumat yang mereka miliki dengan jabatan dan agensi lain selepas siasatan selesai.

Sebagai rakyat Malaysia, anda patut tahu menyanyikan lagu ‘Negaraku’ tau. Jangan cakap lepas habis sekolah terus lupa pulak!

sumber : lobak merah dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *