Kerana Lambat Menggoreng Keropok, Nenek Tiri Telah Menarik Rambut Dan Telah Mencelup Muka Cucunya Ke Dalam Minyak Panas

Bandung: Seorang kanak  -kanak perempuan berusia 11 tahun cedera parah di muka selepas di celup ke dalam minyak panas oleh nenek tiri nya kerana lambat menggoreng keropok.

Kejadian pada 29 September lalu itu menyebab kan muka Rachel Heriani terpaksa d ibalut dan dia masih dirawat di hospital hingga hari ini.

Rachel berkata, pada hari kejadian dia pulang ke rumah di Bandung Barat selepas bermain bersama rakan nya.

Apabila tiba di rumah, nenek tirinya, Kosiah, 69, menyuruh nya menggoreng keropok untuk di makan bersama keluarga.

“Saya memberitahu nenek bahawa saya mahu berehat dahulu kerana terlalu penat bermain.
“Bagaimanapun, nenek tiba – tiba berang lalu menarik rambut saya sebelum mencelup muka saya ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas,” katanya.
Menurutnya, kerana terlalu sakit dia pengsan sebelum sedar ketika di bawa keluarga nya ke Rumah Sakit Hasan Sadikin di Bandung.

Sementara itu, bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, kecederaan anaknya sangat serius dan hanya mata kanan serta mulut yang tidak berbalut.

“Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipi Rachel melecur dengan teruk akibat dicelup ke dalam minyak panas itu.
 
“Saya sangat sedih melihat Rachel menangis setiap kali jururawat membersihkan lecur pada wajahnya,” katanya.
Menurutnya, dia dan keluarga mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya.
Menurutnya, dia dan keluarga mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya.
walau apa jua kesalahan yang di lakukan sepatutnya kita perlu berfikiran dengan lebih waras kerana akibat ini kemungkinan anak kecil ini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup nya. apa yang bakal terjadi kepada hidupnya selepas ini kita tidak akan tahu tetapi kisah ini boleh di jadikan sebagai pengajaran kepada kita semua.

Sumber: pen merah press

sumber : keramat viral dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *