Kucing ini dikenali dunia gara-gara mempunyai wajah bimbang sepanjang masa. Tetap comel!

Bum adalah kucing yang kini menjadi terkenal di seluruh dunia gara-gara mempunyai ekspresi muka gelisah, risau dan bimbang pada wajahnya.

Pemilik kepada Bum iaitu Courtney Morman, 25 tahun telah mendaftarkan Bum dalam akaun Instagram peribadinya dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kucing jalanan yang diselamatkan sepertinya.

Seminggu selepas akaun Worried_Cat_aka_Bum dicipta pada Januari 2016, akaun ini terus menerima lebih daripada 500 orang pengikut dan kini 16,400 orang pengikut!

Semuanya berubah setelah Bum yang berumur dua tahun pada ketika itu muncul dalam satu blog untuk pencinta kucing iaitu, Love Meow. Walaupun bentuk mata dan bibir Bum kelihatan agak aneh dan melucukan, Bum sebenarnya adalah seekor kucing yang sihat.

Courtney turut dengan bangganya menyatakan bahawa Bum mempunyai daya penglihatan tajam memandangkan kucing comel ini merupakan pakar mengejar serangga serta alat permainannya.

Kedua-dua Courtney dan Bum bertemu sewaktu Bum hanya berusia lima bulan. Kucing ini telah dibawa ke Nurseri Anak Kucing San Diego Humane Society yang juga merupakan tempat Courtney bekerja. Di sana, Bum telah diberikan rawatan serta penjagaan rapi 24 jam.

Semenjak itu, Courtney jatuh cinta dengan kecomelan Bum sekali gus mengambil keputusan untuk memeliharanya.

Menurut Courtney lagi, walaupun Bum kelihatan seperti kucing yang sentiasa gelisah, Bum sebenarnya adalah seekor kucing yang penyayang dan aktif! Bum gemar bermain kotak serta tidur di atas muka tuan kesayangannya.

Bukan sahaja itu, Bum juga sangat pintar dan pandai membuka laci dan zip beg duit milik Courtney.

“Apabila Bum mahukan sesuatu daripada beg duit saya, Bum akan membuka sendiri zip dan mengambilnya”.

Tambah Courtney, “Bum juga membantu menjaga kucing -kucing lain yang diselamatkan. Bum akan meluangkan masa bersama kucing yang cedera dan membelai kucing- kucing itu”.

Selain Bum, Courtney turut memelihara seekor kucing berkaki tiga yang dinama kan sebagai Admiral Kitty Kingman.

Bertuah sungguh Bum kerana mendapat seorang tuan yang mampu menyayangi nya sepenuh hati.

Sumber: Daily Mail

sumber era baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *