Lapan ekor anjing masuk masjid – Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu. Puncanya Sungguh Tak Sangka !

IPOH – Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu.Kejadian sekitar jam 4.15 pagi itu melibatkan lapan ekor anjing.Siak masjid, Muhammad Radzi Yaakub berkata, pihaknya mengesyaki perkara itu berlaku akibat kecuaian selepas melihat pintu belakang masjid tidak ditutup seperti biasa.

“Saya percaya, anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup pintu,” katanya.Muhammad Radzi berkata, perkara itu berlaku buat kali pertama sejak masjid dirasmikan pada 2015 lalu.“Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya, anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.“Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.

“Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini,” katanya.Seorang lagi siak, Sulaiman Awang Mat, 60, berkata, kejadian anjing masuk ke masjid itu sungguh mengejutkan.“Pagi Subuh tu, memang saya datang awal ke masjid dan ternampak kesan binatang masuk ke dalam masjid.,“Bila tengok CCTV, baru saya tahu, binatang tu, anjing,” katanya.
Katanya, diharap orang ramai dapat memberi kerjasama untuk menutup pintu masjid.“Kita nak letak notis, macam tak bersesuaian. Jadi diharap semua pihak dapat menutup setiap pintu masuk ke masjid bagi mengelakkan perkara sama berulang,”
katanya.Dalam pada itu, pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada pihak berwajib khususnya berhubung soal pembersihan masjid.Katanya, setelah meneliti rakaman CCTV, pihak masjid dimaklumkan pembersihan masjid hanya perlu dibuat menerusi kaedah biasa.“Kami merujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.“Jadi kami bersihkan menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya.
Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh memaklumkan akan mengambil tindakan berhubung masalah berkenaan.

Mengarut! Pengasas Pondok Pesantren Waria Al-Fatah, Shinta Ratri yang terletak di Yogyakarta, Indonesia ini mendakwa Islam menerima golongan transgender (bertukar jantina) kerana Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam.

Kami mahu buktikan Islam menerima golongan transgender dan Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam,”katanya.

Sekolah pondok tersebut merupakan satu-satunya madrasah pengajian agama yang dibina khas buat golongan mak nyah.

Apa yang lebih menyedihkan, Shanti yang berusia 55 tahun ini turut menyokong tindakan penuntutnya yang mencari sumber pendapatan dengan melacurkan diri dan seks sumbang dan mendakwa semua pekerjaan diterima oleh Tuhan asalkan ianya dilakukan dengan jujur dan ikhlas.

Penubuhan madrasah tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk republik tersebut namun ianya tidak mematahkan semangat Shanti Ratri untuk meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan kedudukan golongan mak nyah dalam Islam.

Shanti yang sebelum ini pernah bergelar seorang isteri dan pernah berkahwin dengan dua orang lelaki mengakui yang beliau memahami Islam dan perjuangannya itu mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin agama setempat.

Kami memahami Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin- Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. Ketika agama digunakan menyakiti dan menyeksa orang, itu sudah di luar koridor rahmat seluruh alam.

Kami perlu mendidik masyarakat mengenai kaum mak nyah, dan kami harus memberi tekanan kepada kerajaan agar mereka memperakui bahawa kami juga mempunyai hak yang sama,” ujar Shanti.

Sumber: Kisah Dunia

sumber : pendekar hitam dot com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *