Lelaki Ini Hantar Semua Bekas Guru Melancong Sebagai Tanda Penghargaan Selepas 24 Tahun Tamat Sekolah! Untung Cikgu-Cikgu ini…

Jasa tenaga pengajar yang mendidik kita di sekolah sememangnya tidak harus dilupakan kerana ianya sangat bernilai. Setiap kali Hari Guru, pelajar pasti mengambil kesempatan untuk memberi hadiah sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik semua.

Namun, seorang lelaki ini tidak menunggu semata-mata pada hari yang khas untuk membalas jasa kesemua bekas gurunya. Menurut Kompas, lelaki bernama Fredy Candra itu berterima kasih kepada semua guru yang pernah mengajarnya dengan menghantar mereka bercuti!

Sumber: Facebook

Fredy tamat sekolah pada tahun 1993 dan sejak itu dia tidak pernah melupakan segala jasa guru terhadapnya. Ketika masih bersekolah, Fredy terlibat dalam kemalangan yang dahsyat menyebabkannya koma. Sewaktu dalam keadaan koma, menurut Fredy, dia bermimpi kesemua guru melawatnya di hospital.

Fredy bernasib baik kerana berjaya pulih sepenuhnya daripada kemalangan tersebut dan 24 tahun kemudian, dia kini berjaya dalam industri kabel gentian optik serta membuat keputusan untuk menghargai bekas tenaga pengajar di sekolah dahulu. Bagusnya!

Fredy mengucapkan terima kasih terhadap jasa dan pengorbanan semua bekas gurunya dengan menghantar mereka melancong ke Eropah!

“Pada awalnya, saya fikir dia hanya bergurau,” kata Sulikin, pengetua sekolah.

Sumber: Facebook

Namun, selepas memberitahu niatnya kepada semua guru, mereka mencadangkan untuk melancong ke destinasi yang lebih dekat memandangkan keadaan mereka yang sudah tua.

Pada 19 September lalu, Fredy menghantar rombongan gurunya seramai 65 orang melancong ke Malaysia dan Singapura. Fredy bukan sahaja menanggung kesemua kos pelancongan, tetapi juga kos untuk membuat pasport bagi mereka yang memerlukan!

Sumber: Tribun

Malangnya, Fredy dikatakan tidak dapat turut serta bersama mereka tetapi dia tetap memastikan kesemuanya selesa dan mendapat perkhidmatan terbaik semasa percutian itu.

Difahamkan, kesemua tenaga pengajar tersebut menikmati percutian selama 5 hari ke dua negara berkenaan dan tiba semula di Indonesia pada Ahad, 24 September.

Sumber: Kompas

Kisah ini sangat menyentuh hati. Siapa sangka, sebegitu banyak seorang bekas pelajar sanggup belanjakan demi membalas segala jasa bekas pendidiknya.

Jangan pernah lupa jasa dan pengorbanan para guru kita meskipun tidak semestinya perlu dibalas dengan perkara sebegini.

sumber : lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *