Lelaki ini memotong barang kepunyaannya termasuklah kereta menjadi dua bahagian tanda sabotaj selepas berpisah dengan teman wanita

Lelaki ini memotong barang kepunyaannya termasuklah kereta menjadi dua bahagian tanda sabotaj selepas berpisah dengan teman wanita

Lelaki ini memotong barang kepunyaannya termasuklah kereta menjadi dua bahagian tanda sabotaj selepas berpisah dengan teman wanita

Seorang lelaki bertindak di luar pemikiran selepas dia memotong barang kepunyaannya menjadi dua bahagian selepas berpisah dengan teman wanitanya. Difahamkan mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama 12 tahun tetapi akhirnya berpisah dengan sebab yang tidak dinyatakan.

Antara barang yang telah dipotong itu ialah kerusi, basikal, anak patung beruang, rekod REM, sofa dan peti surat. Lelaki tersebut juga memotong barang yang mahal seperti televisyen, telefon pintar iPhone 5, komputer riba Apple dan kereta jenama Opel Corsa.

Lelaki yang merupakan pengguna eBay ‘der.juli’ itu dipercayai menjual separuh daripada barang-barang yang telah dipotong kepada dua bahagian itu di eBay manakala sebahagian lagi di pos kepada bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk menyakitkan hati wanita terbabit.

Sebahagian keretanya jenama Opel Corsa yang dijual di eBay dengan harga tidak melebihi RM10.00.

Separuh komputer riba Apple yang telah dipotong dijual di eBay dengan harga yang tidak mencecah RM35.00.

Pengguna eBay ini turut menjual separuh topi keledarnya dengan harga RM4.90.

Separuh televisyen jenama Samsung ini dijual dengan harga kurang RM5.00.

Lelaki ini cuba memutuskan semua perhubungan termasuklah memotong separuh daripada telefon rumah dan telefon pintar iPhone 5.

Antara barang yang tidak terkecuali daripada dipotong ialah rekod REM.

Nampaknya anak patung beruang juga turut dipotong oleh pengguna eBay tersebut.

Ada sesiapa yang hendak membeli separuh sofa ini? Ianya tidak mahal, cuma RM5.00 sahaja.

Separuh basikal ini berharga kurang daripada RM10.00. Jika anda berminat, dapatkannya di eBay.

Kerusi juga turut dipotong separuh dan disandarkan pada dinding.

Almari baju juga telah dipotong separuh.

Peti surat ini juga telah dipotong separuh dan separuhnya lagi telah dipos kepada bekas teman wanitanya.

Tiada perkataan yang dapat diucapkan apabila katil juga dipotong kepada dua bahagian.

Lelaki Jerman ini juga turut memuat naik video rakaman di YouTube yang bertajuk ‘Untuk Laura’. Video ini menunjukkan cara dia memotong barang- barang tersebut menjadi dua bahagian dengan kapsyen: ‘Terima kasih untuk 12 tahun ‘yang indah’ Laura !!!!! Anda memang layak mendapat separuh.”

Tonton video di bawah ini untuk melihat sendiri bagaimana lelaki tersebut begitu tekad memotong barang-barang kepunyaan nya menjadi dua bahagian.

sumber Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *