nanas atasi masalah gout

Masalah Gout boleh diatasi secara semulajadi dengan memakan buah nanas

Nanas adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yg dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak terdapat dalam empulur nanas.

nanas atasi masalah gout

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protein.

Sumber-sumber alam semulajadi lain yang boleh digunakan adalah seperti misai kucing, buah ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin). Perlu juga kurangkan makanan tinggi purine iaitu organ dalaman seperti hati dan juga “seafood” (kupang, ketam, sardin, udang dan sotong)

Nanas boleh membantu mengatasi masalah gout. Ini kerana nanas mengandungi enzim bromelain.

 

Bromelain

Bromelain boleh membantu mengurai asid urik kristal dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh gout. Ia banyak terkandung pada bahagian tangkai buah nanas, kulit, jambul dan empulur (empulur nenas pada bahagian yang biasa dimakan) . Bromelain ini juga terdapat dalam isi nenas tetapi pada kadar kuantiti yang rendah.

penyakit gout

Kebaikan Bromelain ini adalah dapat  membantu mencegah serangan gout secara berulang, boleh bertindak sebagai antiradang dan boleh mengurangkan rasa sakit.

Enzim bromelain juga, stabil pada kemasaman pH 3.0 hingga pH 6.5 (mungkin kurang sesuai untuk buat jus nenas + limau kasturi @ jus nenas + madu kelulut) sebab akan menyebabkan ia menjadi lebih masam. Kadar enzim akan menurun aktivitinya jika dipanaskan pada suhu melebihi daripada 70°C. Anda disarankan untuk memakan nanas yang segar untuk mendapat kadar enzim yang mencukupi.

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat simptom berterusan.

 

Sumber :iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *