Patung lego berharga RM60000 ditolak jatuh oleh budak umur 4 tahun…Apa Tindakan Tokey Lego Buat Semua TERGAMAM

NINGBO: : Tidak sampai sejam selepas pameran bongkah permainan LEGO bermula, sebuah patung yang dibina sepenuhnya daripada kepingan LEGO tumbang dan hancur selepas ditolak seorang kanak-kanak.

Lebih menyedihkan, pembina patung berkenaan mengambil masa selama tiga hari tiga malam untuk menyiapkan patung karikatur Nick yang tampil dalam filem Animasi Zootopia.

Insiden tersebut dikongsi oleh pembina patung, Zhao, di laman sosial China Weibo.

Menurut CCTV News, Zhao telah menerima permohonan maaf daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dipercayai berusia sekitar empat hingga lima tahun.

Zhao tidak meminta sebarang ganti rugi daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut

“Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memusnahkannya,” ujar Zhao.

Media tempatan turut melaporkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di China mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak selepas gambar yang dikongsi Zhao viral.

Netizen kebanyakan menyalahkan ibu bapa yang enggan bertanggungjawab dan permohonan maaf semata-mata tidak mencukupi.

Sisa patung LEGO yang berderai di lantai dewan pameran - Foto Facebook/CCTV News
Kisah Zhao turut viral memandangkan insiden yang hampir serupa telah berlaku 17 Mei lalu di Muzium Kaca Shanghai.

Dua orang kanak-kanak lelaki telah memusnahkan salah satu arca kaca yang dipamerkan di muzium tersebut.

Rakaman video litar tertutup muzium mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut berada di tempat kejadian namun tidak melarang sebaliknya merakam perbuatan anak-anak mereka dengan telefon pintar.

Sumber : astroawani

sumber : buletin kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *