Petua Supaya Rambut Cepat Panjang

Rambut mahkota yang berharga buat wanita. Ianya juga aset sangat penting untuk menampakkan seseorang itu lebih muda. Ada sesetengah orang mengalami masalah rambut lambat panjang. Haaa..abang nak kongsikan dengan anda satu petua ni..

Petuanya ialah dengan menggunakan serai.

1. Sediakan seberapa banyak serai, tumbuk sampai pecah-pecah serai tu dan rebus sehingga mendidih.

2. Lepas dah mendidih, tutup api dan biar ia menyejuk dengan sendiri. Bila air rebusan tu dah sejuk, ambil airnya dan sapukan ke kulit kepala.
3. Picit-picit dan ramas-ramas sedikit kulit kepala tu untuk membantu melancarkan aliran darah di bahagian kepala. Setelah selesai, rileks-rileks dahulu sambil baca majalah, tengok tv, layan internet atau buatlah apa-apa yang patut. Biarkan selama 2 jam sebelum dibasuh dengan air bersih.

Cuba amalkan 3-4 kali dalam tempoh seminggu. Serai  atau lebih tepat lagi air rebusan serai tu dikatakan boleh membantu menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan rambut gugur berlebihan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru.

Selamat mencuba!

Sumber: Petua Kita

sumber apa kes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *