Resipi nugget nasi yang anda boleh cuba sendiri di rumah, keluarga anda pasti akan menyukainya!

Resipi nugget nasi yang anda boleh cuba sendiri di rumah, keluarga anda pasti akan menyukainya!

Resipi nugget nasi yang anda boleh cuba sendiri di rumah, keluarga anda pasti akan menyukainya!

Bagi para ibu pasti adakalanya kehilangan idea dan tidak tahu apa yang boleh disediakan untuk minum petang bersama keluarga bukan?  Anak- anak pula ada selera tersendiri, ada yang suka kuih-muih dan ada juga yang suka biskut kegemaran dimakan bersama air coklat atau susu. Jadi, bagi mereka yang kehabisan idea atau sudah bosan dengan menu yang sama setiap hari, anda boleh mencuba resipi nugget nasi ini. Keluarga anda pasti akan menyukainya!

Resipi ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Siti Khadijah Haron yang telah dikongsikan hampir 1000 orang. Nugget nasi ini bukan sahaja mudah dilakukan bahkan bahan-bahan nya juga begitu mudah untuk diperolehi. Bahan- bahan yang diperlukan ialah:

  1. Nasi panas (baru masak)
  2. Ayam cincang (mentah)
  3. Serbuk perasa
  4. Garam

Langkah pertama ialah dengan menggaulkan kesemua bahan tersebut dan lenyekkan nya selepas itu. Bahan campuran itu kemudian dikepal- kepal kan dan dibentuk menjadi leper.

Jangan lupa pecahkan telur untuk menyalut kepalan tersebut. Gunakan serbuk roti untuk disalutkan sebelum disejuk kan ke dalam peti ais. Setelah nugget sejuk dan keras anda sudah boleh menggorengkan nya.

Mudah bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Jangan runsing lagi akan menu minum petang anda kerana nugget nasi buatan anda pasti akan menjadi kesukaan keluarga terutama nya anak- anak. Selamat mencuba!

bagi yang mempunyai masa untuk memasak, boleh la cuba untuk membuat resipi yang telah di kongsi ini. me masak hidangan sendiri lebih bersih, sedap dan selamat kerana kita sendiri yang membuat nya.

Kredit | Facebook: Siti Khadijah Haron

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *