“Saya Mungkin Tidak Boleh Jadi Suami Yang Baik, Tapi Saya Yakin Boleh Jadi Ayah Yang Sangat Baik”-Salman Mahu Anak Tapi Tidak mahu Menikah. Dikhabarkan Salman Akan Guna Cara Shah Rukh Khan Untuk Dapatkan Anak!!!

Aktor Bollywood yang bertubuh sasa iaitu Salman Khan tidak kurang hebatnya bila berada di layar perak. Dia juga punya jutaan peminat sama dengan bintang Bollywood Shah Rukh Khan.

Sebelum ini Salman Khan di katakan bercinta dengan Ashwarya Rai namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Kini di kala usianya sudah masuk 51 tahun, Salman Khan memilih untuk hidup solo tanpa mahu menikah dengan sesiapa pun seperti rakannya yang lain.

Namun ada hal yang menarik ada pada diri Salman Khan. Dia punya rasa cinta yang sangat dalam pada dunia kanak-kanak. Ke mana sahaja Salman pergi, pasti anak-anak mudah mesra dengannya dan dia juga melayan mereka dengan sangat baik.

   

 

Jika lihat dia berlakon dalam filem Bajranji Bhaijaan, semua orang kata lakonannya dengan si cilik watak Munni sangat menjadi dan menyentuh hati.

Salman juga mendambakan mahu jadi seorang ayah dan dia yakin mampu untuk menjadi ayah yang baik namun menolak untuk menikah.Katanya dia tidak yakin boleh jadi suami yang baik buat isteri.

Keputusan itu membuatkan peminatnya kecewa kerana ramai berharap untuk melihat dia berkahwin satu hari nanti. Namun yang lagi mengejutkan mereka, Salman di khabarkan mahu mengikut jejak Shah Rukh Khan iaitu untuk mendapatkan anak sendiri melalui cara ibu tumpang.

“Aku minat dia ni dari zaman kecik dulu..walaupun kadang dia jadi hero no 2 macam dalam Kuch Kuch..tetap best lakonan dia…”

“hmm….semua dah ada..badan pun sado..kawin jelaaa,.”

“Dia dalam bhaijaan tu aku nangis tengok citer tu..best dia berlakon dalam citer tu… “

 

” Alaaah nape perlu guna ibu tumpang..dia Islam kan..bukan takle ke..”

“lagi next artis bollywood pakai ibu tumpang….”

“tak sangkah dah masuk 50 umur dia..tetap tegap 😛 “

Sumber kisah dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *