Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas Baby Shima Terhadap Mas Idayu Buat Semua Tergamam.

PENYANYIdan peserta D’Academy Asiamusim ke 3, Baby Shima berharap netizen tidak menyalahkan penyanyi Mas Idayu yang juga komentator program tersebut.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata dia tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada penyanyi dangdut itu.

“Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

“Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

“Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya,” kata Shima ketika dihubungimStar Online.

Video Shima dimarahi Mas Idayu mengundang kecaman netizen.

Shima diminta mengulas video Mas Idayu memarahi dia selepas melakukan persembahan pada malam konsert program tersebut.

Video yang mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen itu telah menjadi tular di laman Facebook.

Ketika memberi komen Mas Idayu dengan nada tinggi bertanya apakah yang Shima buat kerana persmebahan dia dilihat paling teruk berbanding perserta dari negara lain.

“Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk ‘pitching’ jahanam semua,” kata Mas Idayu ketika memulakan komennya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau.

Menurut Shima lagi, dia tidak dapat melakukan persembahan yang baik disebabkan tekanan dihadapinya.

“Saya tak dapat buat yang terbaik pada setiap persembahan. Ingatkan pertandingan ini boleh bawa lagu moden seperti di Malaysia.

“Tapi saya perlu menyanyikan lagu dangdut yang tidak pernah didengari dan ia memberi tekanan pada saya.

“Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan yang begitu besar. Sebelum ini hanya kecil-kecilan sahaja,” ujarnya.

Program realiti nyanyian yang berlangsung di Indonesia ini sudah bermula Oktober lalu.

Selain Shima yang mewakili Malaysia, salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu One juga turut menyertai program itu.

 

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *