Suami Tembak Mati Isteri Macam Cowboy Kerana Minta Cerai Selepas Kantoi Main Kayu Tiga

Mudah sungguh orang zaman sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga. Apabila jalan penyelesaian tidak ditemui, keganasan termasuk lah pembunuhan di lakukan demi menutup kesalahan ataupun melempias kan amarah yang tidak terhingga.

Menurut laporan The Star, seorang pegawai tentera telah menembak mati isteri nya di Udon Thani, Bangkok selepas mereka bertengkar akan tindakan suami nya bermain kayu tiga di belakang si isteri. 

Sumber: The Star

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya, Sarjan Mejar Kelas Pertama, Pichet Chumboonchoo, 41, telah di temui dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di bahagian dada. Manakala isterinya pula, Sirinporn Chumboonchoo, 40, berada 5 meter jauh darinya dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian belakang tubuh akibat di tembak sebanyak tiga kaliAduhai! 

Menurut pihak polis, pertelingkahan antara mereka bermula apabila Sirinporn menuduh suaminya main kayu tiga bersama wanita lain. Disebab kan kecewa dengan tindakan suami nya, Sirinporn meninggal kan lelaki itu dan tinggal bersama keluarga nya di Udon Thani.

Gambar hiasan

Pichet kemudian menyusul isteri nya ke Udon Thani untuk memohon kemaafan dari Sirinporn, namun isterinya itu menolak permohonan untuk kembali secara mentah – mentah dan mahukan penceraian.

Berang dengan permintaan isteri nya, Pichet telah menembak Sirinporn, anak saudara isteri nya yang berusia tujuh tahun dan wanita pembantu kedai yang berusia 32 tahun pada bahagian buku lali.

Sepucuk pistol automatik 9mm dan beberapa kelongsong peluru telah ditemui di tempat kejadian. Difaham kan juga, orang awam telah membantu memberi resusitasi jantung pada Sirinporn, namun semuanya sudah terlambat apabila mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Sumber: Thailand News

Manakala saksi kejadian pula mengata kan bahawa mereka terlihat suspek secara tidak sengaja telah menembak dada nya sendiri setelah dia menghadapi masalah dengan pistol milik nya.

Kenapa lah sampai perlu ada pertumpahan darah? Masalah ini boleh di selesaikan dengan baik jika masing- masing duduk berbincang dan berkomunikasi mengenai apa yang tidak kena mengenai perhubungan mereka. 

sumber : lobak merah dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *