Terry Crews luluskan permintaan seorang wanita untuk meletakkan gambarnya pada kad debit wanita itu

Terry Crews luluskan permintaan seorang wanita untuk meletakkan gambarnya pada kad debit wanita itu. rupanya ada udang di sebalik batu..

Terry Crews luluskan permintaan seorang wanita untuk meletakkan gambarnya pada kad debit wanita itu

Terry Alan Crews, 49 tahun merupakan seorang pelakon dan pemain bola terkenal Amerika. Baru-baru ini, Terry telah menjadi wira penyelamat seorang wanita daripada menghabiskan wang pada kad debitnya.

Hendak dijadikan cerita, wanita berkenaan yang juga merupakan pengguna Twitterbernama Darrel Kennedy ingin membuat permohonan untuk menjadikan Terry Crews sebagai imej pada kad debit platinum Well Fargo miliknya.

Walau bagaimanapun, Wells Fargo dikatakan telah menolak permohonan tersebut dan mengenakan syarat baru iaitu wanita berkenaan perlu meminta kebenaran bertulis daripada Terry Crews sendiri.

Apa yang menakjubkan adalah, pada era serba canggih ini, segala-galanya menjadi pasti. Hal ini demikian kerana semua orang boleh mencapai apa yang diingini melalui media sosial.

Justeru, Darrel yang tekad serta percaya bahawa gambar Terry Crews mampu menghalangnya daripada berbelanja dengan banyak telah menggunakan medium Twitterbagi menyuarakan keinginannya.

Darrel telah memuatnaik satu ‘tweet’ yang menyatakan bahawa dia sedang memohon untuk kad debit tetapi permohonannya ditolak kerana Darrel perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Terry Crews sendiri.

Setelah mendapat begitu banyak ‘retweet’,Terry Crews akhirnya menjawab dan merungkaikan masalah gadis tersebut.

“Saya luluskan. Tandatangan, Terry Crews”.

Malahan, aktor yang terkenal di dalam drama komedi bersiri ‘Brooklyn Nine-Nine’itu juga menggunakan gambarnya sendiri yang disimpan di dalam beg dompetnya. Menurut beliau, taktik tersebut mampu mencegah keinginannya untuk berbelanja pada perkara yang tidak diperlukan.

Setelah mendapat kebenaran daripada Terry Crews menerusi Twitter, wanita berkenaan terus membuat permohonan kali kedua kepada pihak Wells Fargo. Lebih menarik lagi, setiap kali wanita berkenaan mengemaskini status permohonannya di Twitter, Terry akan membalas ‘tweet’ wanita berkenaan.

Nampaknya Terry juga ingin mengetahui perkembangan permohonan wanita tersebut.

“Sedang menghubungi @WellsFargo, mari lihat apa tindakan mereka yang seterusnya…”

“TERKINI: Mereka telah mempercepatkan permohonan dan sedang menghantarnya kepada ibu pejabat @WellsFargo untuk mendapat kelulusan. Saya akan menerima kad dalam tempoh dua minggu lagi.”

Seronok rasanya apabila seorang bintang terkenal yang tidak mementingkan status mahupun kekayaan sanggup membantu seorang wanita biasa mendapatkan kelulusan permohonannya.

Apa yang penting, Terry Crews telah berjaya menjadikan hari wanita ini lebih bahagia sekali gus membantunya berjimat cermat.

Sumber: Bored Panda via era viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *