bentuk-muka-seperti-hati

Tips Dan Petua.. 4 Jenis Kaca Mata Ikut Bentuk Muka

Tidak susah pun memilih kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda. Jika bentuk muka tidak sesuai sudah tentu ia mencacatkan penampilan anda. Tidak kira lah ia adalah cermin mata harian ataupun sekadar aksesori yang dipakai bagi melengkapkan gaya anda, ia kenalah ikut bentuk muka muka.

1. Bentuk muka runcing

bentuk-muka-seperti-hati

Kebiasaanya muka seperti ini mempunyai dahi yang agak luas seperti bentuk hati. Jadi bingkai cermin mata yang sesuai adalah seperti ‘cat eye’ atau bentuk rama-rama.

2. Bentuk muka bulat

bentuk-muka-bulat

Untuk wajah seperti ini, anda boleh menggunakai cermin mata berbingkai empat segi. Ia boleh mengimbangi bentuk muka anda yang bulat.

3. Muka bujur sirih

bentuk-muka-sirih

Bentuk muka ini sesuai untuk semua jenis kaca mata. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis reka bentuk yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka seperti ini. Bertuah siapa yang memiliki bentuk muka bujur sirih.

4. Bentuk muka segi empat

bentuk-muka-segi-empat

Cermin mata yang paling sesuai adalah berbentuk bulat, bujur atau cat eye. Seperti bentuk muka bulat, bingkai seperti bulat membantuk mengimbangi bentuk muka anda.

 

Perlu diingati, pemilihan bingkai dan jenis kaca mata boleh melambangkan personaliti anda. Untuk gaya yang lebih versatil, anda boleh guna tona warna yang lebih gelap seperti hitam atau coklat. Selamat mencuba!

sumber : jelita com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *